PENGALAMAN DAN TIPS SEMASA UJIAN JPJ
My first driving lesson with probably the scariest my life. I always do something wrong which is why my second day lesson I ended up doing this -
“sir what the first step”
"right or left"
"sir why this car stopped"
there told me off for asking 'too many questions' even though I was just trying to learn. My anxiety came into play when I felt I was holding up other drivers, like if I stalled or if there were cars behind me. But my instructors always told me to ignore everyone else and focus on myself. It does become easier. They gave me this friendly cikgu and things went a lot better from then on. Turned out my driving was fine.Passed my test after a few lessons with him.
I remember I was so nervous in my test . Aku risau kalau aku akan make some mistake. sebelum ujian dimulakan semua calon diberi taklimat ringkas oleh friendly guys so terasa kurang sedikit nervous. aku sesi pertama untuk test jpj dan untuk ujian pertama adalah RPK DAN RSM. Part pertama ni aku tidak buat bergitu baik sebab ada part yang aku tertinggal. NO! . aku terlupa sebenarnya kerana terlalu nervous. Nervous ni kadang-kadang bagus sebab kita tak terlalu over confidance kadang-kadang buat kita lost jugak. Bahagian RPK aku lupa wiper.kalau RSM lupa bunyikan hon.
Ujian kedua bukit. can you when I started the car my legs were shaking so badly sebab kalau kita gagal kali pertama ada kali kedua tapi kalau dah bagi isyarat pada JPJ bertugas tiada lagi second chance. Ahamdulilah aku buat dengan baik untuk ujian bukit.
Lepas bukit dah settle teruskan dengan ujian di litar.masa di litar ni aku just bayangkan aku tengah buat latihan sebab aku masih nervous. First aku pergi parking alhamdulilah okay. Next 3 penjuru alhamdulilah tapi masa nak keluar tu enjin mati pulak nasib baik JPJ bertugas tu tengah pandang calon lain buat parking. Enjin mati sebab aku terlepas pandang ada kereta vios lalu aku ingat calon tu bagi aku jalan dulu tiba-tiba pulak dia jalan je . masa tu memang feeling sabotage reaction . funny moment tu at least kurangkan tekanan aku masa test. Next selekoh “Z” selekoh “S” alhamdulilah aku buat dengan baik walaupun hon kereta tiba-tiba pulak tak bunyi. Sabotage ape ni.
Ujian ke tiga jalan raya. masuk je kereta buat rsm dulu , nasib baik masa tu JPJ pasang radio so takdelah nervous sangat. Test JPJ yang friendly jugak masa tu.aku takdelah buat baik sangat ada je kurangnya tapi JPJ ni bagus dia bagi juga instruction walaupun aku takde buat salah.alhamdulilah masa test aku pergi jalan 3 Cuma jalan lurus , berhenti traffic light , u-turn.kalau jalan dua aku dah nervous dah banyak gila step kena buat.masa test tu aku layan je lagu-lagu kat radio tu hilang la nervous tu. Habis je jalan raya , JPJ kasi markah . aku tak tgk langsung markah tu aku terus bagi dekat staff JV cergas yang bertugas , okay dia tak cakap pasal markah lepas tu pergi kaunter kasi gambar semua. Lepas tu keluar baru aku tengok markah. Alhamdulilah walaupun ada salah-salah tetap lulus. I felt the biggest sense of accomplishment when I passed as I'd believed it was something I wouldn't be able to do.
Tips untuk korang yang akan ada test JPJ
1. Ujian komputer
Untuk dapatkan lesen”L” korang kena lulus ujian komputer. take it easy. Korang Cuma kena buat exercise sampai korang betul-betul faham.Kalau korang dah sedia korang boleh la pergi buat ujian komputer. Soalan semua ada 50 soalan so korang kena betul 42 soalan baru boleh lulus ujian komputer. Lepas tu korang boleh booking untuk belajar memandu sampai korang mahir memandu.
2. RSM / RPK
first korang mula kat bahagian hadapan kereta untuk RPK sebelum nak ke bahagian seterusnya tu tengok balik mana tahu ada yang tertinggal sebelum pergi bahagian kanan kereta.ambil masa korang untuk ujian jangan terlalu cepat habis sebab petugas JPJ takkan marah kalau korang lambat.tapi jangan la sampai lima belas minit ye.Kalau boleh pastikan betul-betul sebelum korang bagitahu petugas JPJ yang korang dah selesai. Jangan takut kalau tertinggal sebab korang mesti lulus walaupun ada satu dua yang tertinggal.
Bahagian hadapan korang perlu tahu
I. Cermin hadapan
II. Wiper
III. Bonet
IV. Lampu hadapan
V. Bamper
VI. Plet kenderaan [ sebut nombor plet]
Bahagian kiri kereta korang perlu tahu
I. Tayar belakang [ keadaan angin dan bunga]
II. Pintu belakang [buka dan tutup]
III. Cermin pintu belakang [bawa turun]
IV. Pintu hadapan [buka dan tutup]
V. Cermin pintu hadapan [bawa turun]
VI. Lampu signal
VII. Cermin sisi
VIII. Tayar [ keadaan angin dan bunga]
Bahagian belakang korang perlu tahu
I. Cermin belakang
II. Wiper
III. But kenderaan
IV. Lampu belakng
V. Bamper
VI. Plet kenderaan [ sebut nombor plet]
Bahagian but kenderaan sebelum ke bahagian kanan kenderaan
I. Tayar ganti [ keadaan angin dan bunga]
II. Tanda amaran segi tiga
III. Kotak ubat dan buku panduan
IV. Jek dan pemutar
V. Kabel jumper
VI. Pembuka nat roda
VII. Peralatan pembaikan
Pemeriksaan ruang enjin
I. Air simpanan radiator
II. Bateri
III. Air wiper
IV. Tabung minyak break
V. Penyukat minyak enjin
VI. Hos
VII. Tali sawat [ tekan sikit]
Rutin sebelum memandu
I. Pelarasan tempat duduk
II. Pakai tali pinggang
III. Cemin sisi dan pandang belakang
IV. Pastikan gear bebas dan break tangan ditarik
V. Signal kanan-kiri
VI. Lampu
VII. Lampu hazard
VIII. Air wiper dan wiper
IX. Panel meter kenderaan
X. Bunyi hon
3. Ujian di litar
I. Bukit
Start kereta korang naik la perlahan jangan laju sangat nanti terlajak. Dah berhenti tempat yang betul-betu.pastikan korang dah ready baru bagi isyarat [ angkat tangan ] dekat petugas JPJ . tekan pedal pemecut then lepas clutch pelan-pelan. Selepas stabil baru lepas hand break. kalau kereta tak turun . jangan panic . korang tekan pedal pemecut sikit atau angkat clutch pelahan-lahan. Kereta takkan undur melainkan enjen mati . lepas ujian bukit korang terus pergi ujian parking
II. Side parking
Parking nampak mudah tapi kalau over confidance mungkin akan gagal sebab tayar kena garisan . jadi ikut step yang korang dah belajar walapun korang parking senget janji garisan tak kena tetap boleh ditrima [ kata cikgu ] . kalau nervous sangat pastikan setiap step tu korang berhenti sekejap untuk pastikan korang dah ade kat step yang betul dan apa next step . sebab kalau korang salah step korang masih boleh buat semula sampai korang puas hati.
III. Tiga penjuru / selekoh “z” / selekoh “s”
Mungkin mudah untuk korang pass sebab bahagian ni uji korang kawal kereta atau stereng - Berhenti – dan tidak melanggar pembahagi jalan itu sudah cukup untuk korang pass. Bahagian ni korang bawa slowly je sebab biar lambat asalkan kau tak buat salah.
4. Jalan raya
Masuk saje kenderaan terus pakai tali pinggan [cikgu cakap] . sebab sebelum ni masa belajar pun aku lupa nak pakai tali pinggan.Sebelum mula memandu jangan lupa buat rsm semula.selepas buat rsm minta kebenaran untuk jalan dan pandu berhati-hati. Pastikan korang guna gear yang betul waktu membelok. Kalau masuk simpang gear pastikan korang focus pada setiap pemanduan korang. Cito – padang cermin sisi – cermin pandang belakang – hadapan . kalau nak membelok atau tukar laluan pastikan beri signal awal. Meter kelajuan jangan lupa. Kelajuan mesti diantara 60 hingga 80.
Okay sedikit perkongsian untuk korang yang akan pergi test nanti. Nervous pekara biasa untuk korang tak over confidance. Yang penting korang buat semua mengikut step yang korang belajar. Jangan buat terlalu cepat untuk habis . ambil masa untuk korang habiskan dengan baik. Kalau terlalu nervous masa memandu minta kebenaran jpj untuk berhenti sekejap [ kalau boleh la ] untuk ambil nafas tenangkan diri. Okay selamat berjaya untuk semua.
3 comments
Great blog Safwan! Thank you for sharing the experience of JPJ test with me, omg my heart beat so fast ! ahahaha wish me luck for mine wuaaa
ReplyDeleteVery details..thank u for your info😃👍
ReplyDeleteI have to sit jpj test tomorrow haha but it's for motorcycle. I don't know when will I be sitting jpj test for car. This blog is really helpful! Thank you!!
ReplyDeletePS : Ingat korang je google benda ni? 😂