Latest Posts

PERMULAAN MENJADI PENULIS YANG BAIK

By Tuesday, March 08, 2016







Ramai suka membaca novel sekarang.  dulu novel cinta memang menjadi pilihan utama kalau pergi bookstore untuk beli novel. Itu dulu tapi sekarang lebih kepada buku keluaran fixi sebab jalan cerita yang sangat kejam. Sebenarnya aku minat menulis dari dulu tapi masa memang tak ada untuk menulis dan aku tak pernah belajar macam mana untuk menulis sesuatu cerita.Cuma banyak menulis puisi. Tapi puisi-puisi semua hilang .aku cuba juga untuk menulis mengunakan teknik menulis karangan masa sekolah so lebih kurang sama. Sebelum menulis perlu ada tajuk tema dan jalan cerita. Masa tu agak kecewa dengan penulisan sendiri kerana rasa macam tak bagus dan tak kreatif. Jadi aku buatlah research melalui google.Research daripada internet pun berguna untuk sesiapa saja yang berminat untuk menulis. Banyak panduan untuk digunakan bagi orang-orang yang baru nak mulakan menulis . anything . novel atau puisi . sekarang aku banyak luangkan masa untuk menulis cerita-cerita pendek sebelum buat cerita-cerita dengan jalan cerita yang panjang . banyak juga kelemahan sekarang ini tapi semua boleh dibaiki. Sebab untuk dapatkan penulisan yang kreatif mungkin ambil masa yang agak lama. penulisan kreatif adalah bentuk penulisan yang ditulis dengan kreativiti minda: penulisan fiksyen, penulisan puisi, penulisan bukan fiksyen kreatif dan banyak lagi. Tujuannya adalah untuk menyatakan sesuatu, sama ada perasaan, pemikiran, atau emosi.

Ini TIPS yang saya ambil dari mereka yang BERPENGALAMAN untuk SHARE DENGAN SEMUA


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: SEBELUM MENULIS :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



    I.        BELAJAR UNTUK MENULIS


Sebelum menjadi penulis yang baik kita perlu ada pengetahuan untuk menulis sesebuah cerita yang bagus dan kreatif dan boleh menarik minat pembaca. Kerana penulisan bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Banyak pekara penting perlu kita tahu untuk mantapkan cara panulisan kita.

  1.      II.        PENGURUSAN MASA DAN RUANG KERJA


Masa perlu untuk kita melakar sesesbuah cerita. Selain itu , Kita perlu ada ruangan yang selesa kerana ruangan yang selesa dapat membantu kita mendapat idea yang menarik dan mungkin idea-idea yang lebih kreatif daripada lakaran awal. Kerana bila kita menulis mungkin kita akan menutup dunia luar untuk fokus dengan imaginasi untuk menulis jalan cerita yang baik. Selalu penulis mungkin menjadikan coffee shop untuk menulis.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: SEMASA MENULIS :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
  1.       I.        PERANCANGAN

Kita perlu menetapkan tema serta menentukan apakah genre penulisan. Antara tema yang menjadi tumpuan adalah kekeluargaan dan percintaan. Seterusnya pemilihan watak di dalam cerita yang akan ditulis. Pastikan setiap watak adalah kosisten daripada segi perwatakan dan jalan cerita.

  1.      II.        LAKARAN JALAN CERITA

Setiap kali kita mahu menulis. Minda kita akan berada di dalam imaginasi kita sendiri. Jadi kita perlu melakarkan setiap imaginasi kita untuk memudahkan kita menulis. Disini kita mengambarkan setiap jalan cerita dari awal serta apakah konflik yang berlaku dan bagaimanakah peranan setiap watak di dalam sebuah cerita. Kita perlu memulakan jalan cerita yang menarik pembaca terus ke dalam cerita tersebut. Berikutnya kembangankan jalan cerita dengan konflik atau masalah. Perkembangan sesuatu cerita bergantung kepada bagaimana kita mengolah jalan cerita awal sehingga ke klimak cerita. pengakhiran yang kreatif adalah bagaimana setiap watak menyelesaikan konflik.

  1.     III.       MEMBAIKI

Pasti ada kesalah ejaan setiap kali kita menyemak semula selepas tamat menulis sesebuah cerita. Setelah selesai kita menulis mungkin kita boleh berkongsi dengan orang lain untuk membaca semula. Mungkin kita terlepas pandang jika kita sendiri menyemak. Dengan memberi orang lain menyemak mungkin dalam masa yang sama boleh membantu membaiki jalan perceritaan kita. dari situ juga kita sebagai penulis akan mendapat sesuatu yang baru untuk dibaiki dalam sesebuah cerita. Kita juga boleh meminta pendapat atau kritikan daripada seseorang yang kita minta untuk memberi komen penulisan kita. Sebagai penulis yang baru pasti ada banyak kelemahan yang kita dengar. Ambil setiap kelemahan itu untuk mantapkan penulisan anda seterusnya.

  1.      IV.      PUBLISHING

Setelah siap dan yakin dengan hasil penulisan anda. Mungkin anda boleh mencari penerbit untuk menerbitkan naskah anda. Bagi saya yang masih baru lebih sesuai jika dikongsi melalui laman blogspot. Dari situ lebih banyak pendapat untuk dikongsi oleh pembaca.

Semoga success kepada semua yang mahu menulis. Make things happen!
Saya kongsi disini peopleshortstories.blogspot.my . buat masa sekarang saya tidak banyak masa untuk menulis dan masih mencuba untuk kembangkan setiap cerita yang saya tulis.

assalamualaikum

You Might Also Like

0 comments